Lakukanlah 7 sunnah Rasulullah ini untuk kehidupan lebih bermutu

Cerdasnya
orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang
seketika, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk
hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi
mati itulah untuk hidup.
Kita
jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi
rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati
bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita
sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa
dia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Jagalah
selalu sunnah-sunnah baginda besar Nabi besar Muhammad SAW kerana hanya
kitalah yang dapat meneruskan sunnah-sunnah beliau. Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta padaku, dan
barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk syurga bersamaku."
Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Agar
kita yang muslim boleh menjalankannya. Membantu menyebarkan ini akan
mendapat pahala, kerana kita akan mengingatkan sodara-sodara kita.
Komentar
Posting Komentar