Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2013

1 Dirham riba sama besar dosa 36 kali berzina

Gambar
Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )  Nabi SAW bersabda :  Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 ) * sumber dari ustaznaim. blogspot .com  dan Foto dari peribadirasulullah. wordpress .com

9 orang terkaya di dunia 2013 vs solat sunat

Gambar
Berikut Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013 beserta nilai kekayaan mereka: 10 . Christy Walton - Kekayaan : US $ 37,9 M 9 . Larry Ellison - Kekayaan : US $ 41.6 M 8 . David Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M 7 . Charles Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M 6 . Ingvar Kamprad - Kekayaan : US $ 55.5 M 5 . Amancio Ortega - Kekayaan : US $ 56M 4 . Warren Buffett - Kekayaan : US $ 59.6 M 3 . Carlos Slim- Kekayaan : US $ 72,1 M 2 . Bill Gates - Kekayaan : US $ 72,7 M 1 . Seorang muslim yg solat sunat 2 rakaat sebelum subuh A . Keutamaannya ( lebih baik dari dunia seisinya ) Dari ' Aisyah di mana Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها " Dua raka'at fajar (solat sunnah qobliyah subuh ) lebih baik daripada dunia dan seisinya. " ( HR. Muslim no. 725) Dalam lafaz yang lain, لهما أحب إلى من الدنيا جميعا " Dua raka'at solat sunnah fajar lebih kucintai daripada dunia seluruh...

Al-Quran bukan untuk...

Gambar
bukan untuk perhiasan Bukan untuk dijual beli Bukan untuk mencari makan Bukan untuk musbaqah atau pertandingan Bukan untuk hiburan bersama muzik Bukan untuk Haflah atau konsert Bukan untuk dibaca oleh mereka yang membuka aurat dan bersolek berlebihan Bukan untuk kenaikan pangkat Bukan untuk diejek-ejekan atau dipersenda-sendakan Bukan untuk mencari berkat semata-mata Bukan untuk semua perkara keduniaan tetapi boleh dimasukkan Al-Quran dalam semua urusan dunia. Ya Allah, jauhkanlah diri daripada mempersendakan Al-Quran melalui niat atau Aqidah melalui kata-kata dan melalui melalui perbuatan yang tidak ku sedari. *Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Akhir Zaman: Laut pada masa depan apabila lautan dijadikan meluap

Gambar
Tahukan anda gunung krakatau di selat sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus. Maklumat tentang gunung berapi yang tumbuh dilautan, beberapa tahun lalu para saintis mendapati letusan gunung berapi yang sangat besar di dasar laut akibat celah panjang yang berada pada kedalaman 2500 meter di bawah permukaan laut. Apabila letusan kuat berlaku sehingga cecair lava berkumpul dan kemudiannya naik membentuk awan berapi setinggi 250 meter di permukkan laut dan akan memanaskan air secara drastik. Para saintis mengenal pasti letupan tersebut akan terus berulang sehingga pada beberapa waktu tertentu, bahkan bagi siapa yang memantau gunung berapi ini beserta letusan gunungnya terasa seperti terbakar di depan laut yang tidak akan padam. Terdapat beberapa retakan yang memyelubungi dasar la...

10 Surah yang menjamin kebahagiaan di dunia dan Akhirat

Gambar
1- Al-Fatihah menghalang kemurkaan Allah SWT. 2- Yassin mencegah daripada dahaga di Akhirat. 3- Ad-Dhukhan mencegah daripada dugaan di Akhirat. 4- Al-Waqiah mencegah daripada kepapaan. 5- Al-Mulk mencegah daripada seksaan kubur. 6- Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan. 7- Al-Kafirun mencegah daripada kufur semasa meninggal dunia. 8- Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq. 9- Al-Falaq mencegah daripada bersifat hasad dengki. 10- An-Nas mencegah daripada bersifat was-was. sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

9 perkara membuatkan syaitan berpesta

Gambar
  Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarkatuh. Sahabatku, Imam Ghazali mengajak kita untuk mengenali sembilan keadaan umat manusia yang membuat syaitan "pesta pora" kerana kejayaan menggoda manusia 1. Terjadinya perceraian rumah tangga. Iblis sebagai pimpinan para syaitan selalu memuji semua kejayaan para syaitan, tetapi Iblis akan membanggakan kumpulan syaitan yang berjaya menceraikan suami isteri, "... syaitan menggoda untuk menceraikan suami dengan isterinya (QS 2:102) 2. Derhaka pada orang tua 3. Perkelahian sampai membunuh atau terbunuh 4. Penagih arak-Dadah (QS 5:90) 5. Tenggelam dalam dosa zina, terus menerus berzina 6. Ketagihan duit haram, seperti penipu, koruptor, perompak, rentenir dan sebagainya 7. "Attakabburru bil hasadi wal intiqoomi" Angkuh dibarengi dengan sifat dengki, pemarah dan dendam kusumat (QS 31:18) 8. Menjadi dukun dan pengikut setia dukun 9. Puncak kegembiraan syaitan, manus...

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup

Gambar
Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu: 1. Jenis kelamin dan jantina  Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.  2. Orang tua  Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.  3. Hari kelahiran  Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me­nyesalinya.  4. Bentuk Fizikal  Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se­adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada me...

Perbezaan Jin, Syaitan dan Iblis

Gambar
Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri, ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah yang dibina atau di diami manusia. Kedua-duanya pun mempunyai persamaan yakni wajib untuk beribadah kepada Allah: "Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat 51:56). Menurut Ibnu Aqil sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam al-Jann, mengatakan bahawa makhluk ini disebut dengan jin kerana secara bahasa jin bermaksud yang tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin, kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar manusia. Oleh kerana itu, bayi yang masih berada di dalam perut ibu, disebut janin (kata janin dan jin mempunyai kata dasar yang sama iaitu jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata...

Cara mengesan Jin dalam badan

Gambar
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin. Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?  Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba.. Langkah 1 Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat. Langkah 2 Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut. Langkah 3 Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah...

41 tanda dalam badan anda ada jin

Gambar
Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman. Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin. Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu. Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dala...

Sejarah Palestin & Israel

Gambar
Tanah Rahmat Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah ...